Untuk pemilik projek

Tengok dulu.
Baru bina.

Rumah, kedai, klinik, kafe atau pejabat. Anda meninjau ruang anda dalam 3D sebelum membuat keputusan, meluluskan susun atur sebelum kami melukis perinciannya, dan menerima set lukisan bernombor yang boleh digunakan oleh kontraktor, perunding atau pihak berkuasa tempatan.

Prefer English? →

Kebanyakan masalah bangunan sudah terlukis sebelum ia dibina.

Kerja ubah suai yang melebihi bajet. Klinik yang dibuka lewat. Permohonan pelan yang dikembalikan dengan ulasan. Kafe yang langsung tidak seperti yang dibayangkan pemiliknya. Jika dikesan puncanya, biasanya sama sahaja: lukisan yang tergesa-gesa, tidak jelas, atau tidak pernah ditunjukkan dengan betul kepada pihak yang membayarnya.

Tiga kekuatan. Satu studio.

01

Reka bentuk bangunan

  • Perancangan ruang & susun atur
  • Pelan lantai, keratan, pandangan sisi
  • Reka bentuk ubah suai & tambahan
  • Set permohonan untuk QP anda
02

Visualisasi 3D

  • Render luaran & dalaman fotorealistik
  • Animasi walkthrough 3D
  • Panorama 360°
  • Set pembentangan untuk rakan kongsi, pembeli atau bank
03

Lukisan AutoCAD

  • Perincian pembinaan & kerja kayu
  • Susun atur elektrik
  • Perincian papan tanda & kaunter
  • Set lukisan bernombor

Susun atur dahulu. Kemudian 3D. Kemudian perincian.

  1. Brief & tapak

    Beritahu apa yang anda perlukan. Kami ukur dan ambil gambar tapak.

  2. Susun atur

    Anda luluskan pelan lantai sebelum apa-apa lagi dilukis.

  3. 3D & walkthrough

    Lihat warna, cahaya dan ruang — ubah di skrin, bukan di tapak.

  4. Set lukisan

    Lukisan bernombor yang boleh digunakan kontraktor dan pihak berkuasa.

Daripada rumah keluarga hingga pejabat kerajaan — standard yang sama.

Pemilik rumah

3D rumah impian anda, pelan ubah suai dan tambahan, serta set lukisan yang sedia untuk dikemukakan.

Kafe & gerai makanan

Susun atur kaunter, dapur dan tempat duduk, perincian papan tanda dan kerja kayu, serta 3D untuk kelulusan pemilik premis.

Klinik

Susun atur setiap bilik — rawatan, pergigian, X-ray dan aliran pesakit — serta lukisan fit-out.

Kedai & pejabat

Reka bentuk fit-out kedai dan pejabat, perincian rak pameran dan kerja kayu, susun atur elektrik dan 3D.

Agensi kerajaan

Cadangan reka bentuk 3D, lukisan ubah suai dan dokumentasi as-built untuk fasiliti awam.

Dilukis, kemudian dibina

Rumah dua tingkat · 3D
Rumah dua tingkat · 3D
Rumah setingkat · Siap dibina
Rumah setingkat · Siap dibina
Dapur · 3D
Dapur · 3D
Kaunter gerai makanan · 3D
Kaunter gerai makanan · 3D
Dapur gerai makanan · 3D
Dapur gerai makanan · 3D
Kaunter runcit · 3D
Kaunter runcit · 3D
Dek bumbung · 3D
Dek bumbung · 3D
Pelan lantai · Set permohonan
Pelan lantai · Set permohonan

Tengok dulu. Baru bina.

Di luar Sabah? Kami bekerja sepenuhnya jarak jauh — hantar lakaran dan gambar tapak, semak 3D dalam talian, terima fail PDF dan DWG.