Tentang

Studio lukisan pakar yang bekerja sebagai sambungan pasukan anda.

FSM Jayapena & Co. ialah studio lukisan dan visualisasi di Kota Kinabalu yang berkhidmat untuk arkitek, jurutera, perunding, kontraktor, pemaju, juruukur, perunding EIA, kumpulan perladangan dan kontraktor utiliti.

Mahmood Ahmad bin Abdilla
Pengarah, FSM Jayapena & Co.

Daripada pengarah

Jurutera anda sepatutnya buat kerja kejuruteraan — bukan melukis.

Setiap firma yang saya bantu akan berdepan masalah yang sama pada satu ketika. Tender perlu dihantar hari Jumaat. Data ukur dah masuk, tapi lukisan profil belum. Laporan EIA dah ditulis, tapi figure masih lakaran. Kontraktor perlukan lukisan as-built untuk tutup claim — dan satu-satunya orang yang boleh melukisnya sudah terlalu sibuk.

Itulah jurang yang FSM Jayapena isi. Lebih lima belas tahun saya bekerja di meja lukisan: set seni bina, perincian struktur dan sivil, as-built marin, profil paip, susun atur loji, peta EIA dan lokasi. Saya tahu apa yang perunding mahu lihat pada sheet, dan apa yang pihak berkuasa akan pulangkan.

Kami bekerja seperti pasukan anda bekerja. Title block anda, standard layer anda, penomboran anda. Anda hantar lakaran, ukuran, mark-up atau reka bentuk; kami pulangkan set lukisan yang disemak dan konsisten dalam DWG dan PDF.

Dan ia berfungsi di mana sahaja anda berada. Kami sudah pun menyerahkan kerja kepada klien di luar Sabah, sepenuhnya dalam talian.

Ringkasan

Pengalaman pengasas
15+ tahun pengalaman praktikal CAD dan reka bentuk
Projek
70+ disiapkan sejak 2022
Disiplin
13 disiplin lukisan di bawah satu bumbung
Pemilikan
100% milik anak Sabah
Serahan
Studio di Kota Kinabalu, jarak jauh ke mana-mana

Kelayakan

Sijil Pengiktirafan Perniagaan Anak Negeri Sabah

No. pendaftaran KK/F/36934

Pelan bangunan diluluskan pihak berkuasa tempatan Sabah

Majlis Daerah Lahad Datu dan Majlis Perbandaran Tawau, 2025

Perisian

AutoCAD · Civil 3D · QGIS · SketchUp · Enscape

Peranan kami dalam projek anda

Kami melukis; profesional anda mereka bentuk dan menandatangani. Lukisan permohonan disediakan untuk diendorse oleh Orang Berkelayakan (QP) yang anda lantik, saiz kejuruteraan sentiasa mengikut jurutera bertanggungjawab, dan lukisan ukur sedia untuk tandatangan juruukur berlesen anda.

Hantar lakaran. Kami hantar set lukisan.

Hantar brief, mark-up atau fail ukur bersama title block anda. Kami balas dengan senarai sheet, jadual dan sebut harga dalam 24 jam.